Duhai..

Posted in Hasil Nukilan on May 12, 2010 by penjejakdamai

subhanallah


alhamdulillah


Allahuakbar


duhai hati yang sedang berduka cita..


apakah kau kira Allah tidak mengetahui?


duhai hati yang merasa lara…


apakah kau kira Allah tidak mengerti?


subhanallah


alhamdulillah


Allahuakbar


…..


duhai hati yang merasa terancam…


apa kau kira Allah tidak melindungi?


duhai hati yang merasa teraniaya…


apa kau kira Allah sengaja?


wallahua’lam.. nah, siapa tu yang Maha Tahu?


……


Advertisements

Aku dan Mereka

Posted in Hasil Nukilan on May 11, 2010 by penjejakdamai


rakan2 ku berperang di sana,
dengan musuh nyata,
aku berperang di sini,
dengan musuh yang datang dalam hati

rakan2 ku tangisi kepergian ayah bonda,
dibom israel durjana,
aku di sini juga menangis,
hilangnya norma

rakan2 ku tanpa was2 mengankat senjata,
berdepan kereta2 besi,
aku di sini mulut terkunci rapi,
iman ku cuma tahap hati

syahid kamu wahai rakan,
sedang aku masih mencari,
dalam caci maki,
di manakah perjuanganku?

~aku..

Puisi buat Raudhah

Posted in Hasil Nukilan on May 11, 2010 by penjejakdamai


raudhah,
mekar lagi bunga pagi ini,
masih merah,
masih tunduk berdiri

raudhah,
mentari bersinar lagi pagi ini,
masih hangat,
masih patuh di langit

raudhah,
awan kadang hitam,
hujan kadang menjengah,
tanah kadang basah

raudhah,
kadang kaki terpalit becak,
kadang kaki tersadung lopak,
hitam dan kotor

raudhah,
lepas mentari ada bulan,
malam gelap, masih ada bintang,
lepas hujan ada pelangi,
sejuk dingin itu menyamankan

raudhah,
biar tangis seribu musim,
biar kesalan seribu zaman,
zatNya itu Pengampun,
zatNya itu Penyayang

raudhah,
temuilah hari,
senyumlah kala pagi,
biar hatimu itu nanah,
ia kan kembali berseri,
bak pagi dengan hadir mentari.

Soal Hati

Posted in Hasil Nukilan on May 5, 2010 by penjejakdamai

simpan dalam2. jangan goyah. apa kau lupa? ingat lah. Allah ada untukmu.

Sabarlah..Allah di sisimu..

Posted in Hasil Nukilan on May 4, 2010 by penjejakdamai

duhai hati yang selalu resah, jangan lah gundah. Allah Maha Tahu apa yang ada di hatimu. mohonlah hilang resahmu. usah kau gundah. ini yang terbaik buatmu. jadikan Allah tempat adu mu. sesungguh Dia lah sebaik tempat mengadu.

Nothing

Posted in Hasil Nukilan on May 2, 2010 by penjejakdamai

“terasa nak menangis..teringin nak nangis kat seseorang. tapi siapa? salah ke aku menginginkan bahu seseorang untuk menangis? tapi seseorang itu, yang aku mahu hanya melihat senyumku”

Kolek di Laut

Posted in Hasil Nukilan on April 30, 2010 by penjejakdamai

kolek terasing di laut
tanpa arah
satu sinar di ufuk timur
jauh tak tercapai

gelora laut bawa ke sana
biar seribu tahun makan masa
mahu mencari rezeki
buat makanan hati
perlu sinar dalam legam malam

~aku